Aeril Zafrel, pengurus positif Covid-19

0
1

PELAKON popular, Aeril Zafrel bersama pengurusnya disahkan positif Covid-19 semalam selepas membuat ujian saringan.

Aeril memaklumkan sebelum itu, dia ada berkunjung ke rumah pengurusnya yang mengalami demam, Isnin lalu.

“Aku dapat perkhabaran aku positif Covid-19.

“Hari Isnin aku pergi rumah pengurus aku sebab dia demam. Jadi aku ke sana sebab kebiasaaan aku yang jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ini.

“Jadi sebab hari dah lewat aku buat keputusan tidur sana (rumah pengurus), ” katanya menerusi hantaran Instagramnya.

Suami kepada pelakon, Wawa Zainal itu berkata, dia dan pengurusnya telah ke klinik untuk melakukan ujian saringan keesokan harinya sebelum disahkan positif pada malamnya.

“Selasa.. esoknya aku angkut dia pergi klinik dan ambil swab test PCR sekali dgn aku.

“Lepas tu aku jumpa staff untuk ‘briefing launching virtual online product’ hujung bulan ni.. dan aku balik rumah terus.

“Rabu.. keputusan keluar, aku dan pengurus positif,” katanya.

Lantas disebabkan itu, Aeril berkata, dia telah memanggil pihak perubatan untuk melakukan ujian calitan ke atas ahli keluarga dan pekerjanya.

“Aku segera panggil @kumpulan_megaklinik_zahran untuk swab test family dan staff aku sebab ada jumpa dorang.

“Swab test RTK kesemua mereka negatif dan masih menanti keputusan PCR pulak .. doakan negatif juga,” katanya.

Aeril memaklumkan dia kini menjalani kuarantin kendiri di tingkat atas kediamannya dan meminta semua pihak untuk mendoakan kesejahteraan kesihatannya, keluarga dan pekerja.

“Sekarang aku ‘self- quarantine’ dekat bilik atas nak isi masa 10 hari ini dengan macamm-macam aktiviti kat bilik, doakan guys.

“Sekarang pengurus aku tu dah sembuh dan tak demam lagi. Tapi tetap ‘self-quarantine’,” katanya. -Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here