Tajuddin positif Covid-19

0
1

AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini disahkan positif Covid-19.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi Facebook rasminya, selepas Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd menjalani ujian saringan Covid-19.

“Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan beliau, eloklah melakukan ujian saringan Covid-19.

“Datuk Seri Haji Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau,” tulisnya.

Tajuddin merupakan kontak rapat kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang disahkan positif Covid-19 semalam.

Kedua-dua mereka duduk bersebelahan dalam satu sidang media pada 12 Januari lalu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here