Nurul Huda Abhar
TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan menjawab persoalan mengenai tindakannya berdiam diri selama pergeseran politik yang berlaku dalam negara.
Mohamad Hassan menerusi coretan perdamaiannya memberitahu, beliau berdiam diri kerana tidak mahu menambahkan lagi kemelut yang berlaku dalam politik semasa.
“Ramai orang tertanya tanya.. Mengapa saya membisu seribu bahasa.. Bagi saya, biarlah ribut ni reda.
“Saya tak mau menambah duka.. Yang penting parti mesti di perkasa.. Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kita nak jadi juara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau juga memberitahu jika Umno berada dalam situasi perbalahan, maka banyak pihak yang meraikan perkara itu berlaku.
Oleh itu, katanya, Umno perlu menyusun langkah dan bertenang bagi menghadapi PRU-15.
“Jika kita berpecah ramai yang seronok.. Kita berkecamuk ramai yang gembira.. Ayuh kita cari mana yang elok..Elakkan yang cela hilangkan lah lara.
“Susunlah langkah menuju hala.. Pakat pakatlah untuk bertenang seia sekata.. Jangan parti berkecamuk dan bergelora.. PRU 15 mesti jadi keutamaan kita.
Sementara itu, Mohamad Hassan berkata apabila tiba masanya rakyat berhak memilih siapakah pemimpin yang layak meneraju negara.
“Bila sampai masa pemilihan parti untuk dikota.. Pilihlah nanti pemimpin kesukaan kita.. Ketika itu tepuk dada tanyalah selera.. Jika itu satu2 nya cara..
“Untuk tenangkan jiwa yang lara..Meanwhile Stay Calm, Stay Safe Brothers and Sisters,” katanya. – Malaysiapost

