Penghantar makanan perlu surat majikan, kebenaran polis lalu SJR

0
2

PENGHANTAR makanan perlu menampilkan surat pengesahan daripada majikan atau kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa melalui sekatan jalan raya (SJR).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu sudah dicapai hasil perbincangan pihaknya dengan PDRM.

“Kita tahu tidak semua penghantar makanan adalah (bekerja dengan) syarikat popular yang besar. Di bandar kecil, banyak juga yang melantik individu atau syarikat buat penghantaran makanan.

“Kita bincang dengan PDRM iaitu majikan atau individu kena maklumkan kepada polis. Kalau ada majikan, kena keluarkan surat mengesahkan individu itu bekerja sebagai penghantar makanan, manakala secara individu boleh memohon dengan polis.

“Dengan surat daripada majikan dan kebenaran polis, mereka boleh melalui sekatan jalan raya dengan mudah,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuasa untuk menahan pendatang asing tanpa izin (PATI), menerusi Operasi Benteng secara lebih menyeluruh.

“Dalam kes membabitkan Ops Benteng, mengawal kawasan sempadan negara ianya diketuai ATM. Kuasa pada mereka amat terbatas untuk mengekang PATI (sebelum ini).

“Waktu darurat ini, ATM diberi kuasa seperti polis boleh tangkap (PATI). Kita yakin dengan kuasa (ATM) untuk tangkap PATI di kawasan sempadan terutama di lorong tikus, kita boleh kurangkan kemasukan PATI ke negara ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here