Jamal Yunos tawar diri suntik vaksin Covid-19

0
1

KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan diri menjadi sukarelawan kumpulan pertama bagi suntikan vaksin Covid-19.

Jamal berkata, beliau telah menghantar surat permohonan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan kini menunggu jawapan serta panggilan.

Berdasarkan kandungan itu surat yang dikongsi beliau di Facebook, Jamal berkata, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, beliau secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi sebahagian kumpulan pertama bagi tujuan ujian awal suntikan vaksin Covid-19.

“Saya sedia mematuhi apa juga syarat dan ketetapan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan kejayaan kerajaan dalam menyediakan vaksin Covid-19 yang selamat kepada seluruh rakyat Malaysia demi agama, bangsa dan negara.

“Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara di atas dan proses untuk menjayakan inisiatif ini, saya sedia dihubungi untuk hadir sendiri ke mana-mana lokasi dan kemudahan KKM pada bila-bila masa,” katanya.

Semalam, KKM memaklumkan menerima sambutan menggalakkan dalam usaha mendapatkan 3,000 sukarelawan untuk ujian klinikal vaksin Covid-19.

KKM melalui perkongsian di Facebooknya memaklumkan ramai yang berminat dan menghubungi untuk mendaftar sebagai sukarelawan namun gagal susulan talian sibuk.

Menurut KKM, pegawai penyelidik akan menghubungi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan itu secepat mungkin dan berharap orang ramai bersabar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here