Niat berkhidmat kerana Allah SWT

0
1
PUTRAJAYA, 2 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 208 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 3,116 kes dan terdapat 5 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 50 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PETUGAS barisan hadapan yang berdepan cabaran dalam menangani wabak Covid-19 ketika ini diminta agar terus bersabar dan tawakal. 
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru supaya mereka sentiasa memasang niat berkhidmat kerana Allah SWT sebelum memulakan tugas harian.
“Saya menyeru kepada semua ‘frontliners’ iaitu sebelum memulakan tugas kita seharian, pastikan kita pasangkan niat dan nawaitu kita berkhidmat kerana Allah SWT.
“InshaAllah akan dipermudahkan segala beban kerja dan selepas kita berusaha bersungguh-sungguh marilah kita bertawakal kembali kepada Allah SWT. 
“Ajal maut kita ditentukan oleh Allah SWT,” katanya menerusi status dimuat naik di Facebooknya  lewat malam tadi. 
Noor Hisham turut memetik ayat 185 Surah Ali Imran dan ayat 156 Surah Al Baqarah.
Jumlah kes harian Covid-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) kini adalah lebih 3,000 kes sehari dengan semalam mencatatkan 3,339 kes, manakala kes harian tertinggi direkodkan adalah 4,029 pada Sabtu lalu. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here