Kerajaan peruntuk RM66 juta bagi bantuan ‘one-off’ kepada pemandu teksi, bas

0
1

TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bantuan kewangan ‘one-off’ kepada pemandu teksi dan bas.

Perdana Menteri berkata, bagi meringankan beban khususnya pemandu teksi dan bas, kerajaan bersetuju menyediakan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500.

Katanya, ia meliputi 14 ribu pemandu pelancong serta 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing dengan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.

“Selain itu, Kerajaan kini memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun.

“Sukacita dimaklumkan, bahawa syarat ini dilonggarkan kepada lima tahun, mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021,” katanya tanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

Sementara itu, Muhyiddin berkata syarikat Jaminan Pinjaman Perniagaan akan memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi. Di bawah skim ini, 50 peratus jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan.

“Dengan itu, pengusaha bas dan teksi dapat menstruktur semula pinjaman mereka serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah.

“Jaminan sebanyak RM1 bilion akan disediakan untuk tujuan ini,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here