PKP:608 ditahan, 27 direman ingkar SOP

0
1

Nurul Huda Abhar

SERAMAI 608 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP Bersyarat, dan PKP Pemulihan di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah tersebut, seramai 580 telah dikompaun manakala 27 direman dan seorang dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (200), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (147), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (66) gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (46), premis beroperasi lebih masa (42), aktiviti pusat hiburan (11) dan lain-lain (96).

”Semalam, Operasi Benteng telah berjaya menahan 17 pendatang asing tanpa asong (PATI) dan dua tekong serta merampas tujuh buah kenderaan darat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 415 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela, dan Aksem.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” ujarnya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here