Covid-19: 6 kluster baharu melibatkan 4 negeri hari ini

0
1

Nilam Oshman

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti enam kluster baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat penambahan enam kluster baharu iaitu membabitkan Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang

  1. Kluster Senai Cyber

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.

Saringan bersasar yang dijalankan di beberapa buah kilang seterusnya mendapati seramai 113 lagi individu dikesan positif Covid-19.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti beberapa buah kilang di mana penularan berlaku iaitu di Jalan Cyber 2, Senai Industrial Estate 3, Senai, Johor di mana 114 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  1. Kluster Tembok Nanas

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Pontian di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135241) merupakan seorang tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Saringan bersasar yang dijalankan seterusnya mendapati seramai 40 lagi PATI dikesan positif Covid-19.

Nama kluster merujuk kepada tempat di mana penularan berlaku iaitu di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas yang terletak di Taman Emas, Pekan Nanas, Johor di mana 41 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  1. Kluster Jalan Sembrong

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama tempat tinggal kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sembrong 3, Taman Perindustrian Sembrong, Kluang, Johor di mana di mana 18 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  1. Kluster Jalan Permata

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kebanyakan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Permata 1/3, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai di mana 61 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  1. Kluster Taman Juta

Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Juta Intan, Perak di mana 14 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  1. Kluster Kampung Lebu

Kluster berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang.

Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif Covid-19.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong di mana 21 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here