Muhammad Mustakim Ramli
PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh Kelantan mulai esok sehingga 26 Januari ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakbob menerusi sidang media harian, sebentar tadi.
Selain Kelantan, beliau turut memaklumkan daerah Sibu, Selangau, dan Kanowit di Sarawak turut dikenakan PKP susulan peningkatan kes di kawasan berkenaan.
Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan pada Isnin lalu memutuskan melaksanakan PKP di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari bermula 13 hingga 26 Januari ini.
Manakala negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) manakala PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak, untuk tempoh sama.-Malaysiapost

