Kristianisasi: ‘Tolong jangan buat sesuatu yang boleh menyumbang kepada agama lain’

0
2

Asma’ Harun

SAYA bukanlah orang yang wajar mengupas lanjut isu di atas. Namun, saya ada pengalaman ketika menjadi Ketua Unit Rundingcara (kaunselor-pinjam istilah ya) suatu ketika dahulu.

Ibu tunggal yang datang mengadu bagaimana nak lepas diri dan anak-anak, dah terhutang budi banyak dengan gereja kerana menanggung keperluan harian dan bantu bayar tunggakan sewa rumah dan bil-bil.

Dr pakar sebuah hospital datang merujuk, bagaimana ramai pesakit beliau, anak muda Islam, hidup mereka ditanggung oleh gereja, diberi tempat tinggal dan belanja. Mereka remaja yang diabai dan dibuang keluarga.

Anak lelaki yang dilahirkan lembut daripada kecil, selalu dibuli, diejek, dihina dan dicabul kawan-kawan lelaki di sekolah rendah dan menengah.

Hanya bila bersama kawan-kawan yang lembut barulah rasa selamat dan tidak dibuli. Si anak selalu sebut nak bunuh diri, kalau tak nak dia bunuh diri bagi dia murtad. Sebab mudah bila masuk Kristian, dia tak dipandang serong sebagai lelaki gay atau pondan.

Bagaimana seorang ayah yang menceritakan seorang anak perempuan terlibat dengan kristian setelah diuji sakit. Panjang ceritanya, tapi si anak perempuan lebih yakin dan percaya kesembuhan daripada kaedah rawatan dan ubat alternatif yang disediakan.

Ada anak sekolah menengah nak murtad hanya alasan melihat kehidupan Kristian lebih tenang, bahagia dan sempurna. Asalnya ibu ayah bermasalah, selalu bergaduh depan anak-anak, mereka terabai, kawan-kawan di sekolah menjadi tempat mencari kasih sayang.

Berkawan rapat dengan kawan Kristian, diajak ke rumah. Lama-lama jatuh cinta dengan kehidupan tenang dan bahagia keluarga Kristian. Barulah ibu ayah ni susah hati dan menyesali.

Seorang wanita, dihalau oleh suami, dengan anak-anak kecil. Ahli keluarga pun tak nak bantu, nikah dengan suami dulu tanpa restu. Pergi ke sana ini mengadu minta bantuan, ditolak atas alasan kena ikut prosedur (maaf, saya bukan nak menjatuhkan salah siapa), akhirnya ke gereja, terus dapat bantuan tanpa banyak soal.

Hanya Aqidah yang masih kuat sahaja membuatkannya terhalang untuk murtad. Kerana masih yakin akan wujudnya neraka. Walau Syurga dunia telah diberikan mereka.

Pengalaman saya sendiri, ketika menetap sementara di Brisbane, Australia. Ada waktunya pintu rumah diketuk, dan mereka memberikan helaian kertas dan mengucapkan kata-kata yang menyenangkan, antaranya, “jika kamu perlukan sesuatu, apa sahaja yang boleh kami bantu, boleh ke gereja terdekat, kami sentiasa ada untuk kamu”.

Dengan senyum manis dan sopan. Saya tak boleh bayangkan jika memang kebetulan beliau datang kepada orang yang saat itu memang memerlukan.

Dan pelbagai kisah lagi. Banyak. Nak katakan mereka itu jahat?, mereka buat dengan cara yang baik, atas dasar kepercayaan bahawa agama mereka itu benar, dengan pelbagai cara, mereka buat dengan konsisten dan terancang.

Faktor utama, mereka ada sokongan DANA yang kuat. Contohnya, bila muballigh mereka keluar buat dakyah, semua keperluan keluarga akan ditanggung sempurna oleh gereja.

Mungkin kita tak rasa terancam kerana belum ada ahli keluarga terdekat yang terlibat. Tapi belum tentu zuriat keturunan kita selamat dengan ujian fitnah begini.

Sahabat semua, Jika kita tak mampu untuk membantu agama sendiri. Tolong jangan buat sesuatu yang boleh menyumbang kepada agama lain.

Walau ia datang dengan tawaran yang begitu indah, walau ia datang dengan situasi kita sedang lemah, kita ada Allah yang Maha Pemurah.

Amatlah sedikit, mereka yang betul-betul sanggup berkorban demi agama Islam, sanggup dicaci dihina, hilang kawan, bertambah lawan, Infaq diri, harta dan keluarga, demi mengejar ganjaran Akhirat yang kekal abadi.
Yang ramai adalah mereka yang sanggup dicaci dimaki, hilang kawan dan teman, demi untuk habuan dunia yang sementara. Muhasabah dan peringatandiri sendiri .

Untuk mereka yang tak henti bertanya tentang pendirian saya tentang isu Atomy. Saya menyokong maklumbalas yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor

http://emusykil.muftiselangor.gov.my/index…/site/carian
Sebagai tambahan, mari kita renungi bersama Sabda Nabi SAW :
قَالَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ.
(رواه الترمذي : حديث حسن صحيح)

Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda : Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu. (Riwayat Tirmizi : Hadisnya hasan shahih)
Kandungan Hadits:

Meninggalkan syubhat dan mengambil yang halal akan melahirkan sikap wara’.

Keluar dari khilaf ulama lebih utama karena hal tersebut lebih terhindar dari perbuatan syubhat, khususnya jika di antara pendapat mereka tidak ada yang dapat dikuatkan.

Jika keraguan bertentangan dengan keyakinan maka keyakinan yang diambil. Sebuah perkara harus jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan. Tidak ada harganya keraguan dan kebimbangan.

Berhati-hati dari sikap meremehkan terhadap urusan agama.

Siapa yang membiasakan perkara syubhat maka dia akan berani melakukan perbuatan yang haram.

Jika kalian anggap ini adalah pendapat peribadi saya, harap boleh berlapang dada dan tak putus kawan. Sebagaimana saya tetap hormati kalian, masih kawan dan tak buat seperti lawan. Masih saling hormat menghormati, sayang menyayangi.
والله اعلم واستغفر الله العظيم واتوب إليه.

Tuan Puan, jika benar kalian memerlukan, terkesan dengan PKP, hilang kerja dan pendapatan, banjir, sakit dan lain-lain sebab. Hubungilah kami, insyaAllah pelbagai bentuk bantuan disediakan, boleh lihat melalui Page
Sahabat Amal Care bantuan persekolahan anak juga ada seperti set lengkap ke sekolah dan lain-lain.

Jangan malu dan segan, hari ni kita dibantu, esok lusa kita pula membantu. Namun, kami juga ada buat soal selidik ringkas bagi mengesahkan adakah anda benar-benar memerlukan, prosesnya cepat InsyaAllah.
Sebarang pertanyaan :
http://wasap.my/601156907913/BantuanSAC

Penulis adalah Penaung NGO Sahabat Amal Care

(Tulisan ini diambil tanpa suntingan daripada halaman Facebook Ustazah Asma’ Harun dan ia tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here