Abdul Aziz dilantik Ketua Pengarah Jakim yang baharu

0
2

TIMBALAN Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah yang baharu.
Pelantikan beliau itu bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan selepas penyandangnya, Datuk Paimuzi Yahya meninggal dunia pada 8 Oktober 2020.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Abdul Aziz di pilih berdasarkan pengalamannya berkhidmat di Jakim selama 34 tahun dan berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam khususnya pentadbiran hal ehwal Islam.


“Beliau juga mempunyai integriti tinggi dengan rekod bersih dan cemerlang sepanjang perkhidmatan selain diterima baik rakan strategik utama Jakim dalam kalangan jabatan agama Islam negeri dan agensi Jabatan Perdana Menteri serta warga Jakim sendiri.


 “Dengan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia, kerajaan yakin beliau mampu menerajui Jakim sebagai agensi hal ehwal Islam peringkat Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, harapan kerajaan agar pelantikan Ketua Pengarah yang baru itu dapat memacu Jakim ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi yang kompetitif dan berdaya saing diperingkat global.


“Saya mewakili pihak kerajaan juga mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada keluarga Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya atas jasa dan sumbangan cemerlang beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam semasa hayatnya.


“Moga sumbangan beliau kepada agama, bangsa dan negara menjadi neraca amal kebaikannya di akhirat kelak,” katanya. -Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here