Apandi dilantik teraju kumpulan syarikat kejuruteraan, industri tenaga & ICT

0
1

Kumpulan Syarikat Hadid (Hadid) hari inimengumumkan pelantikan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai pengerusi syarikat berkuat kuasa 15 Januari 2021.

Syarikat yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kejuruteraan, industri tenaga, teknologi maklumat dan industri minyak dan gas ini melantik Apandi kerana pengalaman luasnya dalam bidang kehakiman negara.

“Hadid memberi penghormatan untuk tan Sri Apandi dalam organisasi serta pengalaman kehakimannya yang luas selama hampir 50 tahun. Hadid yakin dengan pengalaman kerjaya Tan Sri Apandi dapat meningkatkan lagi perniagaan kumpulan syarikat ini di dalam dan luar negara.

“Sebagai sebuah syarikat kejuruteraan yang memberi tumpuan kepada industri tenaga dan ICT, Hadid menjadi pemain utama yang mewakili Malaysia di rantau Asia Tengah.

“Hadid juga menjadi peneraju untuk menembusi pasaran minyak dan gas di Kazakhstan sejak 2016, dan kini mengembangkan perniagaannya ke Uzbekistan dalam sektor telekomunikasi,” jelas Hadid dalam satu kenyataan semalam.

Sehingga kini, Hadid menjalankan operasi mereka di tiga bandar utama – Kuala Lumpur, Almaty, Khazastan dan Tashkent, ibu negara Uzbekistan.

Dengan lebih daripada 16 tahun pengalaman dalam industri sama ada termasuk di dalam dan luar Malaysia, Hadid optimis bahawa syarikat berkenaan akan berkembang maju walaupun pelbagai cabaran yang terhasil daripada
Covid-19 muktahir ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here