Lonjak tangga ketiga liga, City kembali ke landasan sebenar

0
2

MANCHESTER City mendaki ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas Brighton, pagi tadi.

Jaringan tunggal Phil Foden seminit sebelum babak pertama tamat cukup memberi kemenangan berharga buat skuad bimbingan Pep Guardiola itu.

Kemenangan ini juga memastikan City kembali ke landasan untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.

Setakat ini City mengumpul 32 mata dan hanya dipisahkan empat mata dengan pendahulu liga serta satu mata dengan juara bertahan, Liverpool.

Namun City masih mempunyai kurang satu perlawanan di dalam tangan.

Guardiola akui berdepan cabaran sepanjang perlawanan bertemu Brighton.

“Kami perlu menang perlawanan seperti ini. Ia pengajaran berguna buat kami. Setiap perlawanan akan menjadi seperti ini,” katanya dipetik AFP.

Sementara itu, Spurs gagal meraih tiga mata penuh apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Fulham.

Harry Kane meletak Spurs di hadapan pada minit ke-24, namun jaringan penyamaan Ivan Cavaleiro pada minit-74 berjaya mengikat kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here