Covid-19: Pesakit kategori 4, 5 ditempatkan di ICU hospital lain jika katil penuh

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengingatkan pesakit Covid-19 yang serius dan kritikal iaitu kategori 4 dan 5 akan terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital-hospital lain yang tidak dikhususkan untuk Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia terpaksa dilakukan jika katil ICU di dalam hospital yang dikhususkan untuk merawat Covid-19 sudah penuh.

“Ini akan menjejaskan rawatan kepada pesakit bukan Covid-19 yang lain, serta akan mendedahkan lebih ramai anggota kesihatan kepada jangkitan khususnya yang bertugas di rawatan rapi dan kritikal.

“Marilah kita semua bersama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat kesihatan demi menjaga diri kita, keluarga kita dan komuniti kita,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata, ia boleh dicapai dengan mengelak 3S / 3C iaitu elak kawasan sesak (Crowded place), elakkan kawasan sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat (Close conversation).

Selain itu, katanya, amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan.

Antaranya elakkan bersalaman dan bersentuhan; amalkan etika batuk dan bersin; dapatkan rawatan segera jika bergejala; duduk di rumah dan elak kunjung-mengunjung; lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan kerap disentuh.

Sehingga semalam, terdapat 197 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di ICU di mana 79 memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here