Beza kerajaan majoriti lemah dengan kerajaan tiada majoriti

0
2

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

TIDAK ada siapa tahu berapa jumlah sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin bila beliau diperkenan sebagai Perdana Menteri kelapan. Tiada Akuan Bersumpah (SD), tiada senarai yang dijadikan bukti sokongan.

Ia hanya diketahui bila berlaku undian untuk melantik Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Speaker. Rupanya 113 sahaja. Sebab itu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikenali sebagai kerajaan majoriti lemah.

Sekarang tinggal 109 bila Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada Kerajaan PN dan Muhyiddin. Ini adalah kerajaan tiada majoriti.

Maka timbul isu perundangan apakah Muhyiddin memberi nasihat sejujurnya kepada Yang DiPertuan Agong untuk proklomasi darurat. Dia sudah kehilangan sokongan majoriti ketika itu.

Sebab itu langkah Muhyiddin adalah langkah politik sama dengan usahanya untuk mendapatkan perkenan YDP Agong untuk proklomasi Darurat 1.0. Ia ditolak oleh Majlis Raja Raja Melayu.

Ada menteri mengaku mereka hanya dimaklumkan mengenai darurat 1.0 dalam mesyuarat Kabinet. Tiada perbincangan. Alasannya bimbang Bajet ditolak dan untuk mengelak Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

Sebab itu langkah Darurat 2.0 hanya langkah politik. Covid-19 dijadikan alasan. Apa kena mengena Parlimen digantung sampai Ogos tetapi shopping complex dibenarkan buka.

Walaupun ada yang mendakwa kerajaan minoriti masih boleh berfungsi, tetapi dari segi moral, Muhyiddin tidak bermoral kerana hanya 109 ahli Parlimen yang menyokongnya.

Justeru dia hanya memperkukuhkan lagi ketidakstabilan dalam negara dan akan membawa padah lebih buruk kepada ekonomi. Tempoh 10 bulan bukti dia gagal memulihkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Dia menolak rekonsilisasi politik. Sebaliknya mengambil pendekatan autokratik apabila memohon perkenan darurat. Dia mahu kekal berkuasa.

Muhyiddin dan penyokongnya gembira kononnya Umno kena checkmate sebelum 31 Januari. Ingatlah, rakyat akan checkmate kamu. Langit tidak terus cerah.

Penulis ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno
(Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang dipetik dari Facebook beliau, tidak menggambarkan pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here