Banjir: 16,282 mangsa masih berada di pusat penempatan sementara

0
2

SERAMAI 16,282 mangsa banjir daripada 4,480 keluarga di Pahang masih berada di 147 pusat penempatan sementara (PPS) di lapan daerah, jam 8 pagi ini.

Jumlah itu menurun berbanding 18,977 mangsa daripada 5,216 keluarga di 176 PPS, petang semalam, lapor Berita Harian.

Temerloh mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 7,989 mangsa daripada 2,191 keluarga, diikuti Pekan 3,177 (901 keluarga); Maran 2,059 (584 keluarga); Lipis 460 (130 keluarga); Bera 1,636 (453 keluarga); Raub 73 (19 keluarga); Jerantut 139 (39 keluarga) dan Kuantan 749 (163 keluarga).

Laporan infobanjir.water.gov.my pula memaklumkan tiga sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan.

Di Sungai Pahang (Lubuk Pasu), Temerloh dan Sungai Pahang di Pekan pula melepasi paras berjaga-jaga.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis angin kencang timur laut pula melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri itu hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here