Nurul Huda Abhar
BERITA berkenaan Kategori 3 bagi permohonan i-Sinar yang tersebar melalui WhatsApp, Telegram dan media sosial baru-baru ini adalah palsu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan menafikan kewujudan Kategori 3 bagi permohonan i-Sinar.
“KWSP tidak pernah mewujudkan sebarang Kategori 3 bagi Permohonan i-Sinar.
“Dapatkan informasi sahih berkenaan i-Sinar yang dikemas kini dari semasa ke semasa melalui i-Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP,” kata kenyataan itu hari ini.
Bayaran pertama i-Sinar yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula pada 5 Januari lalu.
Bayaran melalui akaun 1 KWSP itu dibuat selepas pemohon menerima keputusan permohonan mereka yang boleh disemak semalam menerusi pautan https://isinar.kwsp.gov.my/. – Malaysiapost

