Pelajar SPM boleh ke sekolah walaupun PKP

0
1
PUTRAJAYA, 6 April -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (Tambahan) di Bangunan Perdana Putra hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Aiman Hanif

MESKIPUN pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB), bagaimanapun pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dibenarkan untuk hadir
ke sekolah dengan operasi standard prosedur (SOP) yang ketat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu akan diperincikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

“Walaupun terdapat sekatan pergerakan yang ketat,
khususnya di negeri dikenakan PKP, pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021.

“Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat.

“Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini,” katanya ketika menyampaikan perutusan yang disiarkan di TV1, sebentar tadi.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya memaklumkan pelajar tingkatan 5 tahun 2020 yang dijadual menduduki peperiksaan SPM pada bulan Februari 2021 perlu hadir ke sekolah seperti biasa apabila sesi persekolahan dibuka semula 20 Januari ini.

Katanya, ia bagi memberi peluang kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka sebelum kumpulan tersebut berdepan peperiksaan besar.

“Untuk pengetahuan yang berhormat, pelajar-pelajar tingkatan 5 2020 akan berada di persekolahan 2021 sehingga mereka memulakan sesi peperiksaan pada Februari.

“Ini supaya kita boleh memberi sedikit ruang kepada mereka bersemuka dengan cikgu-cikgu sebelum menghadapi peperiksaan sebagaimana ditakwimkan Kementerian Pendidikan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 bagi kementeriannya di Dewan Negara baru-baru ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata bagi aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau
rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum lima orang.

“Bagi negeri yang dikenakan PKPP dan PKPB, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.

“Pihak berkuasa agama negeri disaran untuk memberi penetapan yang bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadiran yang dibenarkan,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here