AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas di Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim hari ini disahkan positif Covid-19.
Berita berkenaan dimaklumkan isterinya, Nor Azila Sidi Ahmad, 40, menerusi Facebook yang turut positif wabak berkenaan.
“Dengan penuh dukacita dan hiba… Hari ini Abe (Abang) Din dan isteri disahkan positif Covid-19.
“Kepada semua yang ada berhubung rapat dengan Abe Din dan Cikgu Laa (Nama panggilan isterinya), Abe Din pohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan semua yang terpaksa melakukan ujian swab dan mungkin terkena jangkitan,” katanya.
Dalam masa sama, beliau dan isteri meminta semua mendoakan kesembuhannya.
Semalam, Adun Nenggiri, juga di bawah Parlimen Gua Musang, Ab Aziz Yusof disahkan positif selain Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.
Turut dijangkiti, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun. – Malaysiapost

