Banjir di Terengganu beransur pulih

0
1

BANJIR di Terengganu beransur pulih apabila hanya 3,956 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga jam 8 pagi tadi, semua mangsa daripada 976 keluarga berada di 17 PPS di daerah Dungun dan Kemaman, berbanding 6,613 orang daripada 1,612 keluarga ditempatkan di 22 PPS di daerah sama semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata Kemaman yang merekodkan jumlah mangsa tertinggi turut menunjukkan penurunan apabila hanya 3,564 mangsa daripada 876 keluarga masih berada di sembilan PPS.

“Di Dungun, jumlah mangsa menurun kepada 392 orang membabitkan 100 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Che Adam berkata, paras sungai juga menunjukkan trend menurun di sebelah hulu.

Katanya, kebanyakan sungai di Terengganu berada pada paras normal kecuali Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman yang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 4.52 meter.

“Empat lagi sungai direkodkan berada pada paras waspada iaitu dua di Dungun serta masing-masing satu di Kuala Nerus dan Setiu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here