Tok Pa positif Covid-19

0
1

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Perkara itu disahkan pejabat beliau menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pagi semalam.

“Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ Il), Kota Bharu, Kelantan pada jam 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pada 1 Januari lalu Mustapa telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif.

Berikutan itu, beliau memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara tersebut dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah SWT memudahkan urusan semua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here