Banjir: JB, Kota Tinggi mula dinaiki air

0
2

BEBERAPA kawasan di Johor Bahru dan Kota Tinggi mula dinaiki air ekoran hujan lebat sejak malam tadi.

Menerusi laman komuniti di Facebook, tular dengan beberapa gambar yang dimuat naik di lokasi tertentu memaparkan rumah penduduk mula dibanjiri air termasuk kesukaran kenderaan melalui jalan raya.

Berdasarkan pemerhatian, antara kawasan yang dinaiki air termasuklah Kampung Laut Skudai, Johor Bahru.

Di Kota Tinggi pula membabitkan Taman Bayu Damai; Kampung Lepau Pengerang; Kampung Baru Telok Ramunia; Kampung Bukit Raja; Tanjung Balau dan sekitar Bandar Penawar.

Jalan raya di Kota Tinggi turut terjejas antaranya Jalan Semenchu menghala ke Sungai Mas; Jalan Kota Tinggi-Mersing dan jalan menghala ke Telok Sengat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman sosial rasmi menjangka hujan lebat berterusan di beberapa daerah di negeri ini termasuklah Kota Tinggi, Johor Bahru, Kluang, Mersing dan Kulai.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata 479 orang daripada 128 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, setakat jam 8 pagi ini.

Katanya, lima PPS di Mersing masih diaktifkan yang menempatkan 320 orang daripada 85 keluarga, selain Kota Tinggi pula dengan 65 orang daripada 17 keluarga di sebuah PPS.

“Sehingga kini, Segamat menempatkan 94 orang daripada 26 keluarga di tiga PPS.

“Laluan yang masih ditutup untuk semua kenderaan meliputi Jalan Haji Suhud di Johor Bahru dan Jalan Tanah Abang, di Mersing,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian. – Malaysiapost

Foto kredit : JKR Kota Tinggi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here