Ahli MPT Bersatu jalani ujian Covid-19 serta-merta

0
1
Malay Mail

SEMUA ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diarah menjalani ujian saringan Covid-19.

Arahan itu dikeluarkan susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 hari ini.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli dan lebih dikenali dengan panggilan Tok Pa itu dilaporkan menghadiri mesyuarat MPT Bersatu pada Rabu lalu.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, Tok Pa menghadiri menghadiri mesyuarat MPT Bersatu pada 6 Januari lalu yang berjalan mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang betul dan teliti.

“Bagaimanapun, sebagai langkah pencegahan, semua ahli MPT serta semua yang hadir semasa mesyuarat itu diarahkan untuk mengambil ujian pengesanan Covid-19 serta-merta.

“Semua yang terbabit juga diminta mengambil langkah yang perlu berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Saiful berkata, seluruh barisan kepimpinan Bersatu turut mendoakan agar Datuk Seri Mustapa Mohamed dilindungi dan diberikan kesembuhan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here