‘Saya redha, hentikan serangan sesama sendiri’ – Annuar Musa

0
1

TAN Sri Annuar Musa mengambil pendekatan ‘beralah’ bagi meredakan ketegangan politik dalaman Umno susulan pengguguran jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) daripadanya.

Menerusi ciapan terbaru di Twitternya, Menteri Wilayah Persekutuan itu meminta semua pihak menghentikan serangan politik sesama sendiri dan menyifatkan isu yang melanda dirinya baru-baru ini telah dapat diselesaikan.

“Sesama pemimpin,kurangkan serang menyerang. Isu saya sudah selesai.Saya redha.

“Usah kita berterusan bertelagah kelak kita dibenci orang,” tulisnya.

Justeru, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menggesa Umno untuk memberi tumpuan mengukuhkan perpaduan dan menjaga kebajikan orang Melayu disamping tidak mengenepikan kepentingan kaum-kaum lain. 

“Elok kita tumpu membantu rakyat. Eratkan perpaduan orang Melayu,serta muafakat semua bangsa. Negara dan rakyat dlm kesusahan,” katanya.

Susulan beberapa kenyataan tidak selari dengan ketetapan Barisan Nasional (BN) dan Umno, jawatan Setiausaha Agung BN yang disandang Annuar telah dilucutkan dan tanggungjawab itu diserah kepada Datuk Seri Ahmad Maslan.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perjumpaan khas bersama Ketua-Ketua Umno Bahagian di ibu negara memaklumkan pelantikan Ahmad Maslan menggantikan Annuar bagi kedua-dua jawatan itu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here