KJ ucap selamat bersara kepada Shalin

0
1

“TERIMA kasih atas segala jasa yang anda taburkan untuk negara, Shalin Zulkifli. Anda akan sentiasa dikenang sebagai salah satu atlet terhebat negara. Selamat bersara,” kata Menteri Sains Teknologi Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menerusi ciapan Twitter miliknya, Khairy Jamaluddin merakamkam penghargaan terima kasih kepada ratu bowling negara, Shalin Zulkifli yang mengumumkan persaraanya daripada skuad bowling kebangsaan baru-baru ini.

Sebagai bekas Menteri yang pernah menerajui Kementerian Belia dan Sukan, tentunya Ahli Parlimen Rembau itu amat dekat di hati para atlit sukan negara.

Shalin turut dilihat membalas ciapan itu dengan ucapan penghargaan kepada Khairy yang sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan para atlit ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan suatu ketika dulu.

“Terima kasih YB kerana memperjuangkan kebajikan kami selama ini sebagai atlit sukan.

“Kami akan sentiasa ingat bagaimana anda berjuang untuk kami, benar-benar mendengarkan keluhan kami sebagai atlit, YB membuatkan kami merasa diri kami penting untuk negara dan untuk itu kami selamanya amat berterima kasih. Semoga Allah memberkati YB dan keluarga ameen,” ciap Shalin.

Bagaimanapun persaraan ini bukan titik noktah pengakhiran Shalin dalam sukan bowling.

Semalam, dalam satu sidang media, Shalin mengumumkan persaraanya hanya untuk berundur dari skuad tenpin bowling negara kerana ingin menukar status menjadi pemain profesional.

Menurut Shalin, dirinya sedang giat merangka persiapan bagi menyertai kejohanan sirkit profesional boling yang berlangsung di Amerika Syarikat mulai April hingga Ogos tahun ini. 

Katanya, persiapan rapi sedang dilaksanakan bagi menyertai kejohanan berkenaan dalam usaha melengkapkan koleksi kejuaraan yang dimilikinya setakat ini

“Saya akan tetap terus aktif selaku pemain boling profesional negara dan kejohanan ini ada dalam senarai saya.

“Sebabnya, saya sudah memenangi pada kejohanan Sukan SEA, Sukan Asia tetapi sirkit profesional ini saya tak capai (menang), lagi.

“Sebab itulah, saya ‘go all out’ untuk mencapainya tahun ini kerana tidak tahu berapa lama lagi saya mampu beraksi (dalm sukan boling),” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here