Ahmad Jazlan umum tarik sokongan kepada PN

0
1

AHLI Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di Kelantan, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, telah hilang kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Isnin lalu, Ahmad Jazlan turut meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebagai antara tindakan menolak kerjasama dengan PN.

Dengan perkembangan itu, kerajaan pimpinan Muhyiddin kini tinggal 110 kerusi selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah dari awal lagi menyatakan tidak menyokong kerajaan PN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here