Anda lapor kami baiki

0
1

ORANG ramai terutama pengguna jalan raya sekitar Kuala Lumpur boleh melaporkan mengenai sebarang kerosakan Jalan terutama jalan berlubang untuk tindakan segera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL melalui facebook rasminya meminta pengguna melaporkan mengenai masalah itu ke unit Public Service Delivery Transformation (PSDT).

Dalam hantaran yang sama turut di kongsi gambar kerja-kerja tampalan yang dijalankan pasukan berkenaan.

“Kerja-kerja tampalan jalan oleh Unit Rondaan DBKL berhampiran Muzium Tekstil, Jalan Hishamuddin pada lewat malam 6 Januari 2021.

“Kerosakan dikesan dan terus dibaikpulih oleh unit PSDT DBKL.

“Jika anda temui jalan berlubang… boleh Whatsapp ke unit ini di talian 011 62396652 atau hubungi terus Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255. Anda lapor..kami baiki,” katanya.

Baru-baru ini isu mengenai jalan berlubang menjadi hangat apabila berlaku insiden kemalangan termasuk membabitkan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang cedera ringan selepas terjatuh susulan basikal ditunggang melanggar lubang.

Terbaru pada 3 Januari lalu lelaki warga emas berusia 75 tahun dilaporkan maut selepas motosikal ditunggang melanggar lubang di Jalan Tengah menghala pusat beli belah Mid Valley. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here