Amaran cuaca buruk, hujan lebat di beberapa negeri hingga Selasa depan

0
1

AMARAN cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka di beberapa negeri sehingga Selasa depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta di Johor iaitu di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi, sehingga hari ini.

“Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda seluruh Kelantan manakala di Terengganu membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga hari ini.

“Amaran sama turut dijangka berlaku di Terengganu membabitkan kawasan Dungun dan Kemaman, Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran serta di Johor di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga Selasa,” kata kenyataan itu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here