Bayi ditinggalkan kesejukan dalam ladang kelapa sawit

0
1

SEORANG bayi perempuan ditemui dalam keadaan kesejukan ditinggalkan dalam kotak di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran jambatan Pejabat Risda di Kemayan, Bera Pahang hari ini.

Bayi berkenaan ditemukan seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memancing di sungai berhampiran.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, polis menerima panggilan pada jam 1.50 tengah hari daripada orang awam yang memaklumkan penemuan bayi itu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis menjumpai seorang bayi perempuan masih hidup dalam kotak di tepi kebun kelapa sawit.

“Polis kemudian membawa bayi itu ke Klinik Kesihatan Kemayan untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mansor berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Bayi ditinggalkan kesejukan dalam ladang kelapa sawitTambahnya, polis melakukan siasatan dan mengenalpasti individu bertanggungjawab membuang bayi berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here