Bayaran i-Sinar dikreditkan mulai hari ini

0
1

BERITA baik kepada sebahagian pemohon i-Sinar! Ini kerana pembayaran pertama skim itu akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula hari ini.

Bayaran melalui akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu dibuat selepas pemohon menerima keputusan permohonan mereka yang boleh disemak semalam menerusi pautan https://isinar.kwsp.gov.my/.

Semakan di laman sosial Facebook (FB), mendapati rata-rata pemohon berkongsi berita gembira itu selepas permohonan mereka dilulukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagi pemilik akaun Mia Mia berkata, dia sebak apabila mengetahui permohonannya lulus dan boleh menggunakan wang tersebut bagi perbelanjaan dan perubatan.

“Alhamdulillah syukur pada Allah. Terima kasih ya Allah. Menitik air mata rasa sebak gembira walaupun simpanan saya tak seberapa, kali terakhir saya berkerja pada tahun 2006 tapi dengan berkat doa, akhir permohonan i-Sinar telah diluluskan.

“Dapat saya tunaikan hajat untuk membeli ubat sakit lutut untuk ayah kesayangan saya yang berusia 88 tahun dan dapat membeli keperluan barang persekolahan untuk anak syurga saya. Alhamdulillah,” tulisnya hari ini.

KWSP sebelum ini menjelaskan pembayaran pertama i-Sinar bagi kategori satu akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori dua pula, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here