Tidak sesekali sertai Pejuang, setia bersama Umno – Ku Li

0
1

PENGERUSI Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, beliau tetap berjuang bersama Umno yang didukungnya selama ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata tidak sesekali berniat menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih dalam pendaftaran.

“Saya ahli Umno, sebagai ahli politik takkan saya semudah itu nak tukar parti, walaupun saya ini kenalan baik Dr Mahathir, lagi pun dia rapat dengan saya dari dulu lagi.

“Sama-sama senior dari parti Umno, tapi dia bukan dalam Umno lagi sekarang, dia cuba nak tubuh sebuah parti pimpinan sendiri,” katanya seperti dilapor BH selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Gua Musang.

Pemimpin veteran itu diminta mengulas desakan pelbagai pihak dalam Umno supaya beliau keluar parti berikutan tindakannya berkongsi sidang media bersama Dr Mahathir, baru-baru ini.

Tengku Razaleigh berkata beliau berjumpa dengan Dr Mahathir dengan satu tujuan dan tidak lebih daripada itu.

Beliau juga mendakwa tindakannya bersama Dr Mahathir berkongsi pentas itu tidak bertentangan dengan dasar Umno, iaitu semata-mata untuk mencari keadilan dalam kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here