Prasarana jawab pelbagai isu esok

0
1

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengadakan sidang media esok bagi menjawab beberapa isu serta tuduhan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut, baru-baru ini.

Sidang media mengenainya akan disampaikan oleh Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di pejabatnya di Wisma OUA di ibu negara, petang esok.

Difahamkan, Prasarana akan menjawab persoalan berdasarkan laporan media yang mempersoalkan kepimpinan dan hala tuju syarikat itu sejak pelantikan Tajuddin sebagai pengerusinya, Mei lalu.

Baru-baru ini, laporan The Edge mendakwa Tajuddin menggunakan autoritinya untuk melakukan perubahan signigfikan dalam syarikat pengoperasi pengangkutan awam milik penuh Kementerian Kewangan itu.

Beberapa perubahan tersebut dikatakan menimbulkan persoalan tentang kepimpinan dan hala tuju syarikat.

Beliau didakwa berusaha menamatkan kontrak Latitud 8 bernilai RM1.2 bilion, yang merupakan projek pembinaan komersial pelbagai guna dekat stesen LRT Dang Wangi di Kuala Lumpur, untuk membolehkan Prasarana memainkan peranan lebih besar dalam projek itu dan akhirnya memindahkan pejabatnya di situ.

Laporan The Edge turut menyatakan dokumen yang menunjukkan Prasarana boleh menanggung kos RM80 juta untuk menamatkan Perjanjian Pembangunan Tanah (JLDA) itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here