PH terbuka bekerjasama dengan pembangkang lain

0
1

PAKATAN Harapan (PH) bersikap terbuka sekiranya ada mana-mana parti pembangkang yang berhasrat menyertai gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bagaimanapun, menurut Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti pembangkang itu harus bersedia menerima prinsip yang diperjuangkan gabungan tersebut.

“Ada juga cadangan mengundang pembangkang lain, kita tiada masalah, kita akan jelaskan apa prinsip kita perjuangkan iaitu menolak rasuah… kronisme dan saya percaya sebahagiannya menerima.

“Soal setuju atau tidak, itu hak mereka, kita tidak paksa, tetapi ambil pendekatan terbuka,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mendakwa PH tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengan beliau, Anwar berkata, itu hanya andaian.

“Kita terbuka (bekerjasama dengan Dr Mahathir), jika beliau tidak mahu, kita ajak rakan lain, kita tidak boleh memaksa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here