13 terkandas tanah runtuh di Bukit Fraser

0
1

POLIS mengesahkan 13 kenderaan terkandas antara dua timbunan tanah runtuh di Jalan Bukit Fraser-Raub, dekat Pahang kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Kama Azural Mohamed berkata, semua mereka dipercayai terperangkap selepas gagal turun ke tanah rata berikutan laluan terputus di KM2 jalan itu.


“Usaha untuk berpatah semula ke Bukit Fraser tidak berjaya kerana berlaku tanah runtuh di KM4 jalan yang sama. Mereka terperangkap di tengah-tengah dua runtuhan tanah.


“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


“Ketika ini, sebilangan besar mangsa sudah dibawa naik semula ke Bukit Fraser dengan bantuan polis dan orang kampung selepas mereka berjalan kaki menyeberangi kawasan yang terhalang dengan tanah runtuh,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.


Menurutnya, dalam kerja menyelamat itu, keutamaan diberikan kepada golongan wanita dan kanak-kanak terlebih dahulu.
Manakala sebahagian lagi masih dalam usaha untuk dikeluarkan sebelum dibawa ke Bukit Fraser untuk bermalam di situ.


Kama Azural berkata, pihaknya sudah berhubung dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kuala Kubu Bharu, Selangor untuk membersihkan runtuhan yang berlaku memandangkan laluan dari Raub juga sudah terputus. – Malaysiapost

foto kredit : JKR Bentong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here