Covid-19: Warga Malaysia antara 33 kes import Singapura

0
1

SEORANG warga Malaysia berusia 31 tahun antara 33 kes import Covid-19 di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

MOH dalam data penuh dikeluarkan lewat semalam melabelkan kes pemegang pas kerja yang tiba dari Malaysia itu, sebagai kes 58,880.

Kementerian itu menyatakan lelaki itu bersama 30 lagi yang tidak bergejala, dikesan menerusi penyaringan dan pemantuan aktif pihaknya, manakala dua lagi mereka yang bergejala.

“Mereka telahpun diletakkan di bawah Notis Tinggal Di Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura dan telah diuji ketika menjalani SHN atau pengasingan,” menurut kementerian itu, lapor Bernama.

Sehingga tengah hari semalam, republik itu melaporkan 33 kes baharu dengan tiada kes melibatkan komuniti mahupun mereka yang tinggal di asrama pekerja, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kini 58,662.

Sepanjang minggu lalu, tiga lagi rakyat Malaysia merupakan antara kes import Covid-19 yang dilaporkan di negara itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here