Covid-19: 9 lagi kluster baharu dikesan

0
2

Nilam Oshman

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu membabitkan Johor, Selangor, Sabah, Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Kluster Lintas Seraya: Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah, di mana 16 kes telah dikesan positif Covid-19.

Kluster Tapak Bina Perdana Avenue: Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.

Kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 30 Disember lalu hasil saringan bersasar yang dilakukan ke atas pekerja sebuah tapak binaan, yang mana 202 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster Osmo Jaya: Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.

Kes dalam kluster ini bermula pada 15 Disember lalu hasil saringan bersasar di tempat kerja, dengan 46 kes telah dikesan positif Covid-19.

Kluster Belati: Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Pontian di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108,193) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja, dengan 44 kes telah dikesan.

Kluster Wawasan Gading: Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84,752) bermula pada 14 Disember lalu melalui saringan individu bergejala, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19.

Kluster Rengit Sentral: Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang, dan Johor Bahru di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106,476) telah dilaporkan pada 28 Disember 2020 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Sebanyak 10 kes dikesan positif Covid-19.

Kluster Manik: Kluster ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan dan Dungun di Terengganu, melibatkan 22 kes positif Covid-19.

Kluster Paloh Tumpat: Kluster ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan, dengan 15 kes telah dikesan positif.

Kluster Stutong: Kluster ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak, menyaksikan lima kes positif Covid-19. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here