Choong Hann positif Covid-19

0
2

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya, Wong Choong Hann positif Covid-19.

Menurut kenyataan BAM, Choong Hann yang tidak mempunyai sebarang gejala itu, sedang menjalani kuarantin kendiri berdasarkan protokol ditetapkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara.

“Satu ujian calitan sudah dilakukan oleh 39 pemain dan jurulatih semalam dan keputusan diterima adalah negatif, manakala Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara juga sudah menjalani proses sanitasi hari ini.

“Selepas perbincangan dengan beberapa agensi kerajaan berkaitan, pasukan badminton Malaysia dibenarkan untuk berangkat ke Bangkok, bagi saingan Jelajah BWF Asia seperti dirancang esok.

“Selepas tiba, pemain badminton Malaysia akan menjalani kuarantin sehingga 11 Januari ini seperti ditetapkan kejohanan,” kata kenyataan itu.

Mereka juga akan melakukan beberapa siri ujian calitan sebaik tiba hari keempat, hari kesembilan dan hari ke-18 dalam tempoh tiga hari sebelum pulang ke tanah air.

Menjelang final Siri Dunia BWF, ujian calitan selanjutnya akan dilakukan pada hari ke 22 dan hari ke 26 sebelum pulang.

Menurut kenyataan itu, untuk rekod, pemain Malaysia, jurulatih dan pegawai akan menjalani kira-kira lima ke tujuh ujian calitan lagi.

“Pemain Malaysia akan kekal komited dan memberikan yang terbaik atas nama dan juga kebanggaan Jalur Gemilang.

“Selain itu, ia adalah harapan Choong Hann untuk semua pemain selepas mereka berusaha gigih di ABM dan bersaing buat kali pertama di kejohanan pasca pandemik di Thailand.

“Kami semua di persatuan mendoakan Choong Hann cepat sembuh,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here