Banjir: LPT berdekatan Gambang di buka semula

0
1

LALUAN Kilometer 198 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ditutup akibat limpahan air dibuka semula kepada semua kenderaan pada jam 3.30 petang tadi.

Syarikat konsesi LPT, ANIH Berhad (ANIH) dalam kenyataan berkata, laluan di Kilometer 198 (menghala ke timur) dan lorong laju di KM198 (menghala Kuala Lumpur) ditutup jam 8.40 pagi tadi selepas ada limpahan air.

Katanya, pengguna lebuh raya itu dinasihat mematuhi arahan petugas di lokasi berkenaan.

“ANIH menasihati orang ramai supaya mengikuti perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH, iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur,” katanya.

Terdahulu, pada jam 8.40 pagi tadi berlaku limpahan air kira-kira 0.6 meter di Kilometer 198 antara persimpangan bertingkat Gambang dan Sri Jaya, menyebabkan laluan itu ditutup.

Hujan lebat berterusan antara faktor menyebabkan semua lorong di kedua-dua hala ditutup kepada semua kenderaan..-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here