Ebit Lew belanja 1,200 ‘fronliners’ KFC

0
2

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew meneruskan misi dakwah dan kebajikan dengan mengagihkan 1,200 kotak KFC kepada petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Maeps, Serdang.

Ebit berkata, ramai petugas barisan hadapan minta beliau menziarahi serta memberi kata semangat dan doa buat mereka.

“Sebak dan terharu dengan pengorbanan Frontliner negara. Terus saya ziarah ke Maeps.

“Belanja 1,200 kotak KFC untuk frontliner di Maeps untuk 1200 petugas semuanya. Sayu dengar katil je 10 ribu disediakan untuk pesakit.

“Mereka diambil dari banyak hospital. Jadi mesti jauh ulang alik. Terima kasih doktor, Nurse, MA….besar pengorbanan mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ebit berkata, selepas setahun berjuang dan masuk tahun 2021 beban petugas barisan hadapan semakin bertambah.

“Masuk 2021 kerja mereka makin bertambah. Sedih dan kasihan pasti mereka teramat penat.

“Kerana Allah dan sifat tanggungjawab mereka terus berjuang. Mereka cari rezeki halal macam kita.

“Tetapi mereka berkorban hari-hari penuh kawalan dengan pakai PPE. Panas sangat. Duduk dalam kawad duri lagi. Makan tak sempat. Ke tandas tak sempurna. 24 jam oncall. Selalu kena bertugas luar.

“Dipindahkan. Solat terkejar-kejar. Terasa seperti dunia lain,” katanya.

Beliau berkata, petugas barisan adalah umpama ahli keluarga kita sendiri yang banyak berkorban demi rakyat Malaysia.

“Mereka macam adik kakak kita sendiri. Lelaki macam abang adik kita sendiri. Mereka keluarga kita yang sentiasa ada bila kita sakit dan sudi jaga kita masa kita sakit.

“Ya Allah kami tak dapat balas jasa Frontliner negara kami. Balasilah mereka dengan kasih sayangMu, beri keberkatan, rezeki, kesihatan dan kekuatan buat semua petugas negara kami.

“Marilah kita bantu mudahkan dan selalu berdoa buat mereka dengan rasa sayang,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here