Kerja alih paip sementara di Damansara Utama terlewat

0
1

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja pengalihan paip sementara di atas bahu jalan Lebuh Raya SPRINT di Damansara Utama mengalami kelewatan selama empat jam berbanding jadual.

Air Selangor dalam kenyataan berkata, kelewatan itu berlaku disebabkan masalah teknikal dan aspek keselamatan kerja di tapak.

“Air Selangor menyasarkan kerja terbabit akan siap sepenuhnya pada jam 10 pagi ini, sejak dimulakan pada 12.30 tengah malam tadi.

“Bekalan air akan diagihkan selepas kerja pengalihan paip sementara itu siap,” kata kenyataan itu.

Air Selangor berkata, pengguna boleh mendapatkan bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki yang digerakkan ke kawasan terbabit.

“Selain itu, bantuan bekalan boleh didapati melalui tangki statik yang diletakkan di dua pusat khidmat setempat yang disediakan untuk kemudahan pengguna yang terbabit.

“Air Selangor menasihati pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) ketika mengambil bekalan air,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh merujuk saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian15300. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here