Ebit Lew bantu pasangan suami isteri selamatkan kucing jalanan

0
2

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew terharu melihat pengorbanan murni sepasang suami isteri yang berusaha menyelamatkan 411 kucing termasuk anjing jalanan.

Beliau berkata, pasangan tersebut sanggup menyewa bangunan kedai tiga tingkat untuk menyediakan perlindungan yang selesa bagi merawat haiwan berkenaan.

“Mereka sewa 3 tingkat unit kedai untuk rawat kucing ini. Semalam (kelmarin) ramai tag saya bila mereka perlu untuk kos rawatan.

“Saya melawat SI Home Shelter di Shah Alam. Saya bawa sedikit makanan kucing dan anjing ini serta beri belanja untuk bayaran rawatan,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Ebit turut menzahirkan rasa sedih apabila melihat keadaan kucing dan anjing tersebut yang mempunyai pelbagai penyakit.

“Sedih kasihan kucing semua manja-manja. Comel-comel.

“Macam-macam penyakit. Ada yang patah kaki. Bulu tiada. Dan penyakit lain. Kasihan rasa. Anjing pun sama. Comel dan manja walau tengah sakit.

“Saya doakan Allah bantu dan berkati semua yang membantu kucing dan anjing ini semua,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here