Demi ketelusan, keadilan siasat Zeti Aziz – Puad

0
1

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang masih berdiam diri dalam isu membabitkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Abdul Aziz.

Beliau berkata, SPRM sepatutnya mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat segera perkara itu jika tidak pastinya kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan dituduh ‘double standard’.

Katanya lagi, laporan polis juga sudah dibuat beberapa pihak berhubung dakwaan ahli keluarga Zeti yang menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tidak berbunyi langsung Zeti bila terdedah dokumen bahawa keluarga dia terima RM100 Juta dari 1MDB dan Jho Low.

“SPRM patut keluar kenyataan untuk siasat segera. Sudah tentu kerajaan PN dituduh double standard (pilih kasih) kalau semua diam.

“Apatah lagi Zeti kroni Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad). Tun lantik dia Pengerusi PNB (Permodalan Nasional Berhad). Tetapi (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) masih kekalkan dia di PNB,” katanya.

Justeru, demi ketelusan dan keadilan, beliau menggesa SPRM menyiasat segera perkara itu tanpa kompromi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here