Raikan gol dengan londeh seluar cetus masalah rumah tangga

0
2

NIAT untuk meraikan gol dengan gaya ‘luar biasa’ sebaliknya bertukar menjadi masalah rumah tangga.

Itulah yang dihadapi pemain kelab Club Guaraní, Raul Bobadilla apabila tindakan melondehkan seluar selepas membuat jaringan dalam aksi liga Paraguay menjadi kontroversi.

Akibatnya, pemain berasal dari Argentina itu terpaksa membuat permohonan maaf kepada isterinya.

“Saya menyesal dengan cara saya meraikan gol. Saya harap isteri saya tak tengok.

“Dia patut bertenang. Ini semua untuknya,” kata pemain itu seperti dilapor Daily Star.

Difahamkan, ketika kejadian, pengadil tidak mengambil sebarang tindakan ke atasnya.

Walaubagaimanapun, siasatan kini sedang dijalankan atas aduan yang diterima.

“Kami tidak menerima sebarang aduan bertulis, namun menyedarinya selepas melihat berita di media.

“Siasatan akan dijalankan,” kata wakil liga Paraguay. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here