‘Muafakat Nasional’ sudah berpunya

0
2

USAHA Umno dan PAS untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) menghadapi masalah apabila nama itu sudah digunakan pihak lain.

Mendedahkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata usaha untuk mendaftarkan MN sudah dijalankan namun nama berkenaan sudah diguna pakai.

“Saya difahamkan ada usaha-usaha untuk daftarkan, tetapi tidak dapat didaftar kerana nama itu sudah orang lain guna.

“Nama (MN) itu sudah ada dalam pendaftaran ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), tak tahu macam mana, itu yang saya difahamkan.

“Sebab itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada sebarang cadangan terhadap perubahan nama tersebut.

“Setakat ini belum ada (cadangan), jadi kita berjalan dengan kekalkan nama MN tetapi tidak didaftarkan,” katanya.

Sebagai rekod, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini dilaporkan pendaftaran MN akan memakan masa sebelum didaftarkan dengan ROS. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here