Covid-19: Kes di Selangor dijangka kekal tinggi sehingga tengah tahun depan

0
1

KES Covid-19 di Selangor dijangka kekal tinggi sehingga tengah tahun depan, kata Pengerusi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor (STFC), Dr Dzulkefly Ahmad.

Ia selepas semua daerah di negeri itu kini zon merah selain mencatat jumlah kes harian tertinggi dalam tempoh 12 hari berturut-turut.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata pihaknya menjangkakan kes baharu tidak akan turun dalam tempoh terdekat.

“Kita meramalkan trend ini akan berterusan sehingga pertengahan 2021. Oleh itu, kita berharap akan mendapat vaksin Covid-19 pada suku pertama tahun depan,” katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insight.

Selangor semalam mencatatkan 747 kes baharu Covid-19 iaitu 38.8 peratus daripada keseluruhan jangkitan dalam negara.

Dr Dzulkefly bagaimanapun berkata peningkatan kes sudah dijangka selepas arahan saringan wajib oleh Kementerian Sumber Manusia terhadap pekerja asing.

“Ia bermula dengan kes positif dalam kalangan mereka yang tinggal di asrama, iaitu bekerja di kilang dan tapak pembinaan.

“Selangor merupakan negeri perindustrian, sama ada kilang mahupun tapak pembinaan, secara semulajadi akan menjadi pusat wabak kluster,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Malay Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here