Bekas Pengerusi SPR sebagai Pengerusi MAIS

0
2

BEKAS Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu berkuat kuasa 1 Januari ini.

Pelantikan bagi menggantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang akan menamatkan perkhidmatannya esok itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

Menurut Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahrir Mahktar, Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Abdul Aziz mengikut Subseksyen 11 (1) dan (2), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Baginda menyempurnakan pelantikan itu dalam Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan anggota MAIS bagi sesi 2021-2023 dan ahli Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS), berdaftar sesi 2021-2023 serta Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Istana Bukit Kayangan, hari ini.

“Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan watikan pelantikan kepada 21 Anggota MAIS bagi sesi 2021–2023, namun keanggotaan MAIS bagi Ketua Polis Selangor belum diisi ekoran kekosongan jawatan itu.

“Sultan Sharafuddin berkenan menerima sembah maklum daripada lima Ex-Officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Salim Soib; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nor Azmie Diron; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

“Baginda juga menyampaikan watikah pelantikan kepada 10 anggota lantikan sebelum ini termasuk Abdul Aziz yang dilantik sebagai anggota MAIS sejak 2018,” katanya seperti dilapor BH.

Sultan Sharafuddin juga berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada lima anggota MAIS yang baharu.

Lima anggota MAIS baharu adalah Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir; bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mazlan Mansor, Tan Sri Hashim Meon serta dua Kerabat Diraja Selangor iaitu Tengku Datuk Ardy Esfandiari Alhaj Tengku Abdul Hamid dan Datuk Mohd Effendi Abdullah.

Pelantikan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2023 itu selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Subseksyen 11 (1) dan (2). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here