9 lagi kluster baharu dikenalpasti hari ini

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti sembilan kluster baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan 498 kluster dilaporkan di negara ini termasuk 220 masih aktif dan dalam pemantauan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini.

“Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Mempaga (282 kes), Kluster Seri Lanang (168 kes) dan Kluster Tapak Bina Lebuh (125 kes),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berikut adalah senarai kluster baharu yang dikenalpasti hari ini:

  1. Kluster Seri Lanang

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula 25 Disember melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga hari ini 1,020 individu telah disaring, di mana 173 kes dikesan positif.

  1. Kluster Jalan Chu

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula hari ini melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif.

  1. Kluster Tapak Bina Awan Puteh

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula hari ini melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif.

  1. Kluster Integra Ikon

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104,673) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Disember melalui saringan kendiri. Sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif.

  1. Kluster Jalan Satang

Melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Kuala Lumpur; daerah Hulu Langat, Klang, Petaling dan Gombak di Selangor; serta Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-92,888) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif pada 20 Disember. Sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif.

  1. Kluster Tembok Mempaga

Melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-97,373) dilaporkan positif pada 22 Disember melalui saringan tahanan. Sejumlah 504 individu telah disaring, di mana 284 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  1. Kluster Timbang Dayang

Melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100,487) dilapor positif pada 25 Disember melalui saringan individu bergejala. Sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  1. Kluster Teguli

Melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-86,690) telah dilaporkan positif pada 16 Disember melalui saringan individu bergejala. Sejumlah 13 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif.

  1. Kluster Rambai

Melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka; daerah Petaling di Selangor; dan Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104,441) telah dilapor positif pada 27 Disember melalui saringan individu bergejala. Sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here