Nilam Oshman
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti satu kluster baharu Covid-19 dikenal pasti membabitkan Tawau dan Kalabakan di Sabah.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat penambahan satu Kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sedco.
“Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau dan Kalabakan di Sabah di mana 14 kes telah dikesan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat tiga kluster ditamatkan hari ini iaitu
Kluster Kerengge dan Kluster Alila dan Kluster Gemilang menjadikan keseluruhan kluster tamat setakat ini adalah 271.
Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 484 kluster telah dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 213.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 45 kluster melaporkan pertambahan kes.
“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tampoi Jaya (78 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes), dan Kluster Beringin (30 kes),” katanya. – Malaysiapost

