Caj air: ‘Kerajaan Kedah cuma cakap di media saja, tak ada yang rasmi’ – Kon Yeow

0
1

PULAU Pinang akan menunggu tindakan yang akan diambil Kerajaan Kedah berhubung isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap negeri berkenaan.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi diadakan antara kedua-dua kerajaan negeri sejak isu tersebut dibangkitkan.

Beliau berkata, perdebatan isu berkenaan juga hanya berlaku menerusi laporan media sahaja.

“Kita menunggu tindakan dari negeri Kedah, apa juga jenis tindakan, apa juga tindakan yang mereka ambil kita akan lihat sebab sekarang cuma cakap dalam surat khabar saja, tidak ada apa-apa yang rasmi (dan) kita menunggu (tindakan Kedah),” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan Kedah yang mahu membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah.

Menurut Kon Yeow, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini tidak bersetuju dengan saranan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggalakkan Pulau Pinang memberi sumbangan kewangan atas pengorbanan Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air di Ulu Muda.

“Menteri (Tuan Ibrahim) memang harap atur perbincangan tapi nampaknya MB (Menteri Besar Kedah) tak setuju dengan pandangan menteri…Menteri mengakui kalau boleh beri sumbangan tapi Menteri Besar tak minat dengan sumbangan.

“Dia (Sanusi) mahu ‘raw water charges’ (caj air mentah) saja dan kita tak setuju,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here